Malaysian Communications And Multimedia Commission (MCMC) | Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM)
Menterinya, Fahmi Fadzil berkata, ia berikutan kesesakan jaringan internet yang dihadapi oleh guru sekolah untuk pengisian kerja dalam talian seperti Sistem Pengurusan Identiti (IDME).
“Insya-Allah dari segi internet saya akan minta pihak SKMM (Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia-MCMC) meneliti perkara ini sekiranya ada masalah melibatkan masalah jalur lebar atau tiada internet (di sekolah),”katanya kepada media selepas mengedarkan sumbangan sarapan pagi di Sekolah Menengah Kebangsaan Bangsar (Integrasi) di sini hari ini.
Beliau yang juga Ahli Parlimen Lembah Pantai berkata pihaknya meminta MCMC di peringkat negeri segera berhubung dengan KKD bagi penyelesaian jangka panjang bagi rangkaian internet di sekolah.
“Sebagai contoh, terdapat sekolah yang ada menara (Internet tower) tetapi tiada line (liputan). Ada yang juga berdasarkan program Point of Presence (PoP) bawah KKD tetapi belum lagi selesai.
“Jadi, setiap negeri ada cabaran tertentu tetapi insya-Allah kami akan mulakan di Kuala Lumpur untuk segera selesaikan (rangkaian Internet di sekolah),”katanya.
Sementara itu, Fahmi berkata pihaknya dengan kerjasama Kementerian Pendidikan akan segera mengenal pasti sekolah yang memerlukan bantuan bagi menaik taraf dari segi infrastruktur, kemudahan prasarana, murid tercicir dan sekolah daif.
Sementara itu, ketika ditanya berkenaan pemansuhan Akta Universiti dan Kolej Universiti 1971 (AUKU), beliau berkata Ketua Pemuda Keadilan yang juga Timbalan Menteri Belia dan Sukan Adam Adli bersama pihak Pakatan Harapan akan bertemu dengan Menteri Pengajian Tinggi bagi membincangkan perkara tersebut dalam masa terdekat.
-BERNAMA
Leave a Reply