Malaysian Communications And Multimedia Commission (MCMC) | Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM)


PETALING JAYA: Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) menafikan terlibat menawarkan bantuan memindahkan hadiah wang tunai kepada individu penerima email.

Menurut MCMC, Pengerusinya Tan Sri Mohamad Salim Fateh Din,  tidak pernah menghantar sebarang e-mel untuk membantu memindahkan hadiah kemenangan daripada sebuah syarikat kepada akaun bank penerima email terbabit.

“MCMC ingin menegaskan, Pengerusi MCMC tidak pernah menghantar sebarang e-mel kepada orang awam berhubung tawaran bantuan untuk memindahkan hadiah kemenangan berupa wang tunai sebanyak RM270,000 daripada syarikat Telekom Malaysia kepada akaun bank individu penerima emel tersebut”

“Sehubungan itu, orang awam diingatkan untuk sentiasa berwaspada dan tidak mudah terpedaya dengan e-mel yang tidak ditentukan kesahihannya.”

“Elakkan daripada memberikan butiran peribadi seperti maklumat perbankan Internet dan maklumat kad pengenalan kepada individu yang tidak dikenali,” katanya dalam satu kenyataan.

Pada masa sama MCMC turut menggesa orang awam segera menghubungi Pusat Respons Scam Kebangsaan (NSRC) di talian 997 sekiranya mereka telah membuat transaksi perbankan kepada mana-mana akaun yang dikatakan untuk tujuan yuran pemprosesan sebelum hadiah kemenangan boleh dituntut.



ufc222live