Malaysian Communications And Multimedia Commission (MCMC) | Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM)


CYBERJAYA – Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) bakal memperkenal standard piawaian baharu kualiti perkhidmatan kepada Syarikat telekomunikasi.

Standard yang akan diperkenal tahun hadapan bertujuan memantapkan mutu perkhidmatan.

Pengerusi MCMC, Al-Ishsal Ishak berkata hubungan pengguna dan syarikat telekomunikasi tidak terhad kepada penjualan produk, sebaliknya kepuasan pengguna perlu diutamakan.

Kerjasama antara syarikat telekomunikasi dan MCMC dijangka mampu memperbaiki mutu perkhidmatan telekomunikasi.

Terdahulu, beliau menghadiri majlis Anugerah Star Rating Award 2018 di Cyberjaya.

Majlis anugerah kali kedua ini bertujuan mengikhtiraf perkhidmatan cemerlang syarikat telekomunikasi di samping menyemai budaya kualiti bagi menggalakkan persaingan sihat.

Sehingga November tahun ini, industri komunikasi dan multimedia Malaysia berjaya mencatat modal pasaran hampir RM148 bilion.



ufc222live