UFC Live

UFC222 Live

Malaysian Communications And Multimedia Commission (MCMC) | Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM)


PUBLIC INQUIRY ON IMPLEMENTATION OF CHERISHED NUMBER FRAMEWORK   

  • Feedback sought on MCMC’s Cherished Number Framework  
  • Submission of feedback by 30 January 2020 (12:00 noon, Thursday) 
CYBERJAYA, 2 December 2019 — The Malaysian Communications and Multimedia Commission (MCMC) has commenced a Public Inquiry on implementation of Cherished Number Framework, from 2 December 2019 until 30 January 2020. The Public Inquiry will adhere to the processes outlined under Part V, Chapter 3 of the Communications and Multimedia Act 1998.     

MCMC is keen to realise the value of certain numbering assignments which may be considered as special, easily recognisable or memorable or lucky by end-users. These numbers are known as “Cherished Numbers”. 

Several countries across the world have established methods of realising the economic value of Cherished Numbers. This allows Cherished Numbers to be efficiently assigned. The development of Cherished Number Framework would also lead to a structured approach in assigning numbers which generate demand from service providers and general public.  

In this regard, this Public Inquiry intends to seek views from the industry, interested parties and members of the public on the proposals of implementation of Cherished Number Framework in Malaysia. MCMC expected to yield feedback from industry experts, public and interested parties on recommendations as follows: 

1. Type of number where cherished numbers would be applicable;

2. Principles of Cherished Numbers; and

3. Cherished Number Assignment Mechanism.  

 

 PDF



ufc222live

Malaysian Communications And Multimedia Commission (MCMC) | Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM)


KUALA LUMPUR, 2 Disember 2019 — Susulan kejayaan ASEAN Makerthon 2017, Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) dengan kerjasama ARM, Celcom Axiata Berhad, Ericsson Malaysia dan Universiti Teknologi Malaysia (UTM) sedang menganjurkan ASEAN Makerthon 2019 bermula hari ini sehingga 4 Disember 2019. 

Bertempat di Pusat Inovasi 5G (IC5G) UTM-Ericsson di kampus UTM Kuala Lumpur, acara ASEAN Makerthon selama tiga hari itu akan menjadi Makerthon yang pertama dijalankan dengan menggunakan rangkaian 5G tertutup.  

Pemilihan IC5G sebagai lokasi acara dibuat memandangkan ia turut menempatkan makmal penyelidikan, ruangan pembelajaran 5G dan juga memaparkan inovasi-inovasi yang berkaitan 5G. 

Acara berkenaan bertujuan memberikan platform kepada para peserta di rantau ASEAN untuk mempamerkan kemahiran, idea serta kreativiti mereka dalam menghasilkan prototaip fizikal sejajar dengan temanya ‘Impak Revolusi 5G Ke Arah Revolusi Industri 4.0’. Selain itu, ia juga satu platform kepada para peserta untuk mendapatkan pengalaman dengan membangunkan penyelesaian inovatif yang menonjolkan manfaatmanfaat rangkaian 5G.  

ASEAN Makerthon terbuka kepada anggota-anggota negara ASEAN dan Rakan Dialog ASEAN TELSOM [China, Jepun, Republik Korea, India, Kesatuan Eropah (EU) dan Amerika Syarikat]. Tahun ini, sekatan umur telah ditarik balik dan permohonan adalah terbuka kepada para peserta di luar institusi pengajian tinggi bagi menggalakkan persaingan. 

Hasil prototaip para peserta terlibat akan dinilai oleh sekumpulan panel hakim terdiri daripada syarikat atau institusi yang mempunyai kepakaran dalam bidang Revolusi Industri, 5G dan Internet Benda (IoT), berpandukan kepada empat (4) kriteria utama iaitu idea yang diketengahkan, prototaip, model perniagaan dan pembentangan mereka. 

Pengerusi MCMC Al-Ishsal Ishak berkata, “Menurut edisi terbaru Laporan GSMA Asia Pasifik mengenai ekonomi mudah alih (Mobile Economy), pengendali mudah alih Asia dianggarkan akan melabur sebanyak USD370 bilion dalam pembangunan rangkaian 5G baharu antara tahun 2018 dan 2025. Turut dijangka, 24 pasaran di Asia Pasifik akan melancarkan teknologi 5G menjelang tahun 2025 dengan jumlah sumbangan sebanyak USD900 bilion kepada ekonomi rantau ini dalam tempoh 15 tahun akan datang.  

“Sehubungan itu, Program ASEAN Makerthon tahun ini adalah unik kerana buat pertama kalinya ia dijalankan menggunakan rangkaian 5G. Tahniah saya ucapkan kepada semua peserta yang mengambil bahagian. Saya berharap ASEAN Makerthon 2019 akan menjadi platform yang amat berguna kepada para peserta untuk menimba pengalaman dengan membangunkan penyelesaian inovatif yang menyerlahkan manfaat rangkaian 5G.” 

Juara acara Makerthon ini akan menerima wang tunai AS$5,000 manakala naib johan dan tempat ketiga masing-masing akan menerima wang tunai berjumlah AS$3,000 dan AS$1,000. 

Sementara itu, Yvonne Chou daripada bahagian Pembangunan Jualan dan Perniagaan untuk Asia Tenggara dan ANZ di ARM berkata, “Kami berbesar hati berganding bahu dengan MCMC untuk menerajui usaha “security by design” apabila memasang atur IoT dan 5G di rantau ASEAN. ARM Pelion menyediakan satu ekosistem serta kebolehan pengurusan Internet Kebendaan (IoT) yang mudah, selamat dan fleksibel daripada cip ke awan (chip to cloud) untuk profil peranti yang pelbagai.” 

Idham Nawawi, Ketua Pegawai Eksekutif Celcom Axiata Berhad pula berkata, “Celcom bangga menjadi sebahagian daripada ASEAN Makerthon 2019 anjuran MCMC, satu acara serantau yang dikuasakan oleh rangkaian percubaan 5G Celcom bagi memacu inovasi dan menyumbang kepada perkembangan sektor pendidikan dan aspirasi 5G negara dalam kalangan bakat-bakat muda. Usaha kami di IC5G membawa rangkaian percubaan 5G ke dalam suasana kampus sebagai ruang penyelidikan dan perkembangan 5G di Malaysia.” 

Presiden Ericsson Malaysia, Sri Lanka dan Bangladesh, Todd Ashton berkata, “Kami sangat gembira dapat bekerjasama dengan Celcom dan UTM bagi menzahirkan pengalaman 5G di IC5G; kampus pertama di Malaysia yang membolehkan pihak akademik, industri dan pembekal perkhidmatan untuk menguji aplikasi 5G dan IoT dalam rangkaian yang sedia untuk dikomersialkan. Visi bersama dalam menggunakan IC5G bagi membina ekosistem 5G di Malaysia kini direalisasikan”. 

Untuk maklumat lanjut berhubung mengenai ASEAN Makerthon 2019, sila layari https://www.eventbrite.com/e/asean-makerthon-2019impact-of-5g-revolution-towards-4ir-tickets-80611987625 atau twitter.com/aseanmakerthon | www.instagram.com/aseanmakerthon.   





ufc222live

Malaysian Communications And Multimedia Commission (MCMC) | Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) – 3,877 akaun media sosial menyamar dikesan, 78 peratus dipadam


KUALA LUMPUR: Sejumlah 3,877 akaun media sosial menyamar dikesan dan 78 peratus daripadanya berjaya dipadam oleh pihak Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) setakat September lepas, persidangan Dewan Rakyat diberitahu hari ini.

Menteri Komunikasi dan Multimedia Gobind Singh Deo berkata faktor utama akaun-akaun itu dipadam ialah kerana penciptaan akaun palsu untuk tujuan penyamaran.

“Pemadaman akaun media sosial itu mendapat kerjasama pihak penyedia platform media sosial selaras dengan terma dan syarat yang disediakan oleh penyedia platform.

“Selain itu, sebanyak 1,564 pautan dan kandungan yang dipercayai berunsurkan buli siber dikesan oleh SKMM dengan 63 peratus daripadanya telah berjaya dipadam,” katanya ketika sesi soal jawab lisan persidangan Dewan Rakyat hari ini.

Beliau menjawab pertanyaan Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob (BN-Bera) yang ingin tahu jumlah pemilik akaun media sosial yang telah disekat penggunaannya dan apakah sebabnya.

Sementara itu, Gobind berkata kementerian sedang mengkaji bagaimana undang-undang sedia ada dalam menangani masalah akaun palsu dapat ditingkatkan pada masa akan datang.

“Saya harap pada masa akan datang kita boleh lihat undang-undang baharu selewat-lewatnya dalam pertengahan tahun depan tetapi dalam masa sama penguatkuasaan adalah penting, yang bila ada laporan dibuat orang ramai, tindakan hendaklah diambil dengan segera.

“Kami akan buat pindaan kepada Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia dalam masa terdekat. Kita lihat negara dalam rantau ini telah perkenalkan undang-undang baharu yang lebih ketat misalnya Singapura dan Australia,” katanya.

Gobind berkata demikian bagi menjawab soalan tambahan R.S.N Rayer (DAP-Jelutong) yang ingin tahu bagaimana kerajaan akan mengambil tindakan menangani kebebasan berkongsi maklumat yang semakin meningkat pada masa kini terutamanya yang mempunyai unsur fitnah dan palsu.



ufc222live

Malaysian Communications And Multimedia Commission (MCMC) | Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM)


CYBERJAYA – Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) bakal memperkenal standard piawaian baharu kualiti perkhidmatan kepada Syarikat telekomunikasi.

Standard yang akan diperkenal tahun hadapan bertujuan memantapkan mutu perkhidmatan.

Pengerusi MCMC, Al-Ishsal Ishak berkata hubungan pengguna dan syarikat telekomunikasi tidak terhad kepada penjualan produk, sebaliknya kepuasan pengguna perlu diutamakan.

Kerjasama antara syarikat telekomunikasi dan MCMC dijangka mampu memperbaiki mutu perkhidmatan telekomunikasi.

Terdahulu, beliau menghadiri majlis Anugerah Star Rating Award 2018 di Cyberjaya.

Majlis anugerah kali kedua ini bertujuan mengikhtiraf perkhidmatan cemerlang syarikat telekomunikasi di samping menyemai budaya kualiti bagi menggalakkan persaingan sihat.

Sehingga November tahun ini, industri komunikasi dan multimedia Malaysia berjaya mencatat modal pasaran hampir RM148 bilion.



ufc222live

Malaysian Communications And Multimedia Commission (MCMC) | Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM)


CYBERJAYA, 3 Dis — Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) dan syarikat-syarikat telekomunikasi di negara ini, merancang untuk bersedia lebih awal, dalam aspek membantu pengurusan banjir, pada tahun depan.

Pengerusi SKMM Al-Ishsal Ishak berkata bagi tahun ini, persiapan mereka bermula pada awal Oktober lepas.

“Untuk tahun hadapan, marilah kita membuat perancangan lebih awal pada suku ketiga atau sebelum memasuki suku keempat, bagi melakukan persediaan termasuk melakukan senarai semak, latihan simulasi dan sebagainya,” katanya ketika berucap pada Majlis Anugerah ‘Star Rating’ 2018 di sini hari ini.

Selain penyebaran nasihat dan amaran banjir secara percuma melalui khidmat pesanan ringkas (SMS), SKMM dan syarikat telekomunikasi turut membantu menyumbang dalam penyediaan bot, kenderaan pacuan empat roda dan bantuan makanan kepada mangsa banjir di bawah program khidmat sosial.

Menurutnya, syarikat telekomunikasi telah bekerjasama dengan pihak berkuasa berkaitan pengurusan banjir sejak tujuh minggu lepas, bagi menjalankan simulasi banjir secara mingguan bersama penduduk setempat di negeri yang dijangka terjejas banjir.

Buat masa ini, katanya tumpuan bantuan diberikan di negeri yang terlibat banjir iaitu Kelantan dan Terengganu dan SKMM serta syarikat telekomunikasi turut bersedia untuk menghulurkan bantuan di Sabah dan Sarawak yang dijangka menghadapi musim banjir awal tahun hadapan.

Sementara itu di majlis tersebut Digi Telecommunications Sdn Bhd merangkul tiga daripada lapan anugerah yang dipertandingkan pada Anugerah Star Rating 2018 iaitu, kategori perkhidmatan selular iaitu Penyedia Perkhidmatan Selular Awam Terbaik (MNO), Kepuasan Pelanggan Terbaik dan Kualiti Perkhidmatan Terbaik.

XOX Com Sdn Bhd memenangi kategori Penyedia Perkhidmatan Rangkaian Maya Selular Terbaik (MVNO), manakala Celcom Axiata Berhad pula memenangi anugerah kategori Tanggungjawab Sosial Korporat Terbaik, bagi penglibatan cemerlang secara keseluruhan oleh syarikat itu dalam siri program tanggungjawab korporat sosialnya.

U Mobile Sdn Bhd pula memenangi kategori Kualiti Perkhidmatan Terbaik, Maxis Broadband Sdn Bhd dinobatkan sebagai pemenang untuk Pelaburan Rangkaian Terbaik, dan Webe Digital Sdn Bhd memenangi kategori Pematuhan kepada Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 Terbaik.

Majlis Anugerah Star Rating 2018 turut menyaksikan pengenalan satu lagi kategori anugerah baharu, iaitu Perkhidmatan Capaian Jalur Lebar Berbayar Terbaik (BAS), yang dimenangi oleh TT Dotcom Sdn Bhd.

Anugerah Star Rating adalah pengiktirafan kecemerlangan prestasi pihak penyedia telekomunikasi, bagi tahun taksiran 2018 berdasarkan kepada empat parameter iaitu, kepuasan pelanggan, kualiti perkhidmatan, pelaburan rangkaian dan pematuhan kepada Akta Komunikasi dan Multimedia (AKM) 1998.



ufc222live

Malaysian Communications And Multimedia Commission (MCMC) | Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM)


IPOH, 10 Jan (Bernama) – Kaunter fizikal Sistem Pangkalan Data Utama (PADU) yang disediakan Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM) Perak, memberi kemudahan kepada rakyat khususnya warga emas dan orang kurang upaya (OKU), untuk mendaftar sistem tersebut. 

Tinjauan di Kaunter PADU di Pusat Ekonomi Digital (PEDi) Kampung Tersusun Batu 8, Ulu Kinta yang dibuka hari ini dan esok, menjadi tumpuan orang ramai bagi memahami manfaat serta panduan pendaftaran sistem berkenaan.

Seorang pesara Muhamad Hasan, 66, berkata pembukaan kaunter di PEDi itu, memastikan rakyat khususnya warga emas dan golongan kurang upaya mendapat akses untuk melakukan pendaftaran.

“Bagi golongan berumur seperti kami ini, mungkin berhadapan masalah jika mahu mendaftar menggunakan telefon pintar berbanding di PEDi, sebab pendaftarannya menggunakan komputer.

“Selalunya perkara melibatkan pendaftaran secara dalam talian ni memang anak yang akan bantu, namun dia di Kuala Lumpur, dan oleh kerana dah ada kaunter saya ambil keputusan daftar terus di kaunter lebih efisien,”katanya ketika ditemui Bernama hari ini.

Bagi Mat Zauki Abu Bakar, 63, beliau merakamkan penghargaan kepada kerajaan atas inisiatif untuk menyediakan perkhidmatan kaunter fizikal PADU, bagi memudahkan urusan pendaftaran rakyat.

“Saya memang tak tahu apa itu PADU dan hanya mendengar melalui perkhabaran daripada rakan-rakan, nak mendaftar pun tidak mahir sangat kerana bimbang berlaku kesalahan, namun apabila buka kaunter seperti ini memang memudahkan urusan saya.

“Kebanyakannya yang datang hari ini pun warga emas dan mereka yang kurang upaya, golongan macam kami ini agak ketinggalan, khususnya melibatkan teknologi jadi perlu ada bantuan untuk pastikan kami tidak tercicir,”katanya.

Bagi S.Shanker, 51, pembukaan kaunter fizikal penting, bagi mereka yang masih belum memahami dengan jelas mengenai kepentingannya kepada rakyat yang mendaftar melalui sistem itu.

“Apabila mendapat tahu ada kaunter PADU dibuka di sini, saya ambil peluang untuk datang dan mendaftar, selain ingin dapatkan penjelasan lebih jelas tentang sistem ini, bila tanya sendiri kepada pegawai yang berkaitan ia lebih jelas.

“Masa mendaftar jika ada sebarang persoalan boleh bertanyakan kepada pegawai yang bertugas, sekali gus memahami manfaat bakal diterima khususnya dalam aspek bantuan dan subsidi,”katanya.

Sementara itu, Pengurus PEDi Kampung Tersusun Batu 8, Ulu Kinta, Mohd Sallehin Abdul Jalil berkata pendaftaran PADU di kawasan itu, mendapat sambutan menggalakkan daripada penduduk yang datang ke pusat berkenaan bagi mendapatkan bantuan penjelasan mengenainya.

“Setakat ini memang kita menjadi tempat rujukan mendapatkan maklumat dan menjadi tanggungjawab kami berikan penerangan yang kebanyakannya warga emas.

“Mereka kurang mahir dalam kemahiran ICT, mungkin anak-anak mereka jauh dan apabila PEDI dijadikan tempat pendaftaran, mereka ambil peluang untuk mendaftar segera,”katanya.

Mohd Sallehin berkata beliau turut menyarankan kepada orang ramai khususnya warga emas, untuk hadir ke PEDi kawasan masing-masing bagi melakukan pendaftaran mengikut penggiliran yang ditetapkan DOSM Perak.

PADU yang dilancarkan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim pada 2 Jan, merupakan hab data negara yang selamat dan komprehensif untuk mengelakkan berlakunya keciciran dalam pengagihan bantuan serta subsidi kerajaan.

PADU merupakan satu pangkalan data sosioekonomi negara yang bersepadu, dengan menggabungkan semua data dari jabatan dan agensi kerajaan untuk memberi gambaran seadilnya mengenai kedudukan sosioekonomi setiap isi rumah rakyat Malaysia.

 



ufc222live

Malaysian Communications And Multimedia Commission (MCMC) | Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM)


MCMC STAR RATING AWARD 2018 HONOURS MALAYSIAN TELECOMMUNICATION COMPANIES

  • The award ceremony recognises outstanding services provided by telecommunication companies to consumers as well as to instill a culture of quality excellence and create a healthy competitive environment between the service providers.
  • The winners were chosen based on four (4) parameters which include customer satisfaction, quality of services, network investment and compliance to Communications and Multimedia Act (CMA) 1998

 
CYBERJAYA, 3 December 2019 — The Malaysian Communications and Multimedia Commission (MCMC) honoured telecommunication service providers at the Star Rating Award 2018 held in Cyberjaya, today.

The Award ceremony, which was held for the second time aims to recognise the outstanding services provided by telecommunication companies to consumers as well as to instill a culture of quality excellence and create a healthy competitive environment amongst them.

The awards were presented in recognition of the telecommunication service providers’ performance excellence for the assessment year of 2018 based on four (4) parameters – consumer satisfaction, quality of service, network investment and compliance to Communications and Multimedia Act (CMA) 1998 with an emphasis on consumer satisfaction.

Digi Telecommunications Sdn Bhd won three (3) out of the eight (8) award categories for the ‘Best Mobile Network Operators (MNO) Provider’, ‘Best Consumer Satisfaction’ and ‘Best Quality of Service’ awards, respectively.

XOX Com Sdn Bhd won the ‘Best Mobile Virtual Network Operator’ Award, whereas Celcom Axiata Berhad won the “Best Corporate Social Responsibility” Award for overall excellence in organising various impactful CSR programmes.

U Mobile Sdn Bhd crowned with the ‘Best Quality of Service’ Award, Maxis Broadband Sdn Bhd won the ‘Network Investment’ Award, while Webe Digital Sdn Bhd clinched the award for the ‘Best in Compliance to Communications and Multimedia Act (CMA) 1998.’

A new category, ‘Best Wired Broadband Access Service’ was introduced at The Star Rating Award 2018 which was won by TT Dotcom Sdn Bhd.

According to MCMC Chairman Al-Ishsal Ishak, “As the regulator of the nation’s telecommunication and multimedia industry, MCMC is committed to keep on raising the bar on customer experience along with the telecommunication service providers to ensure that the network quality remains top notch. Customers today are smart and they are buying into solutions, not just individual products and packages. Thereby, telecommunications service providers have to reflect the needs and wants of the customers as we want to provide the best telecommunication experience to all Malaysians.”

Star Rating Award received overwhelming response from the telecommunications service providers as it encourages them to continuously strive in uplifting their performances in each parameters set by MCMC.

This positive development would automatically enhance overall performance of the nation’s communications and multimedia industry. As at November 2019, Malaysia’s communication and multimedia industry recorded a market capitalisation of RM147.71 billion of which,  the telecommunication industry contributed RM136.7 billion, an indication of the significance of the industry in this nation.



PDF



ufc222live

Malaysian Communications And Multimedia Commission (MCMC) | Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM)


MCMC, INDUSTRI TELEKOMUNIKASI, POS DAN KURIER GANDING BAHU HANTAR BANTUAN KEMANUSIAAN BENCANA ALAM

  • MCMC dengan kerjasama NADMA serta pihak industri telekomunikasi, pos dan kurier berganding bahu buat kali pertama dalam misi penghantaran bantuan kemanusiaan untuk mangsa-mangsa banjir di Pantai Timur
  • Antara sumbangan yang dihulurkan adalah termasuk power bank, air minuman, selimut, kit penjagaan diri, serta barang kegunaan harian yang lain

 
CYBERJAYA, 8 Disember 2019 — Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) dengan kerjasama Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA), serta pihak industri telekomunikasi, pos dan kurier berganding bahu buat kali pertama dalam misi penghantaran bantuan kemanusiaan kepada mangsa banjir di Pantai Timur pada petang Jumaat.

Rombongan misi bantuan kemanusiaan yang terdiri daripada 50 sukarelawan-sukarelawan itu telah berlepas dari Depoh Simpanan Pertahanan, Sungai Buloh melibatkan aset-aset termasuk enam (6) lori dengan muatan 52 tan yang membawa bantuan untuk lebih 5,000 mangsa banjir dalam bentuk barangan hasil sumbangan City-Link Express, GD Express Sdn Bhd, J&T Express, Line Clear Express & Logistics Sdn Bhd, Pos Malaysia dan Skynet Malaysia.

Antara syarikat telekomunikasi yang terlibat pula adalah Digi dan U mobile. Mereka telah menyumbangkan power bank, air minuman, selimut, kit penjagaan diri, serta barang kegunaan harian yang lain. Bantuan kemanusiaan ini telah tiba di Pasir Mas dan Tumpat, Kelantan, pada Sabtu.

Sementara itu, MCMC dengan kerjasama pihak industri telekomunikasi juga telah melaksanakan beberapa pelan simulasi sebagai persiapan untuk berhadapan dengan musim banjir yang sedang melanda beberapa buah negeri di dalam negara.

Penganjuran simulasi tersebut memberi penekanan kepada sektor komunikasi, pos dan kurier bagi memastikan impak ke atas aset dan perkhidmatan telekomunikasi adalah minimu, dan seterusnya menjamin kesalinghubungan ketika banjir.

Langkah-langkah proaktif seperti memastikan bilangan penjana mudah alih adalah mencukupi, menaik taraf infrastruktur komunikasi di pusat-pusat pemindahan serta meninggikan tapak-tapak yang terdedah kepada banjir telahpun diambil. Sektor pos dan kurier pula telah mengenal pasti lokasi-lokasi alternatif untuk penghantaran dan aset; kerahan tenaga manusia, bekalan tenaga sandaran dan bekalan-bekalan kecemasan turut diberikan perhatian.

Antara kawasan-kawasan yang terlibat dalam simulasi adalah Bukit Tampin, Negeri Sembilan bersama Telekom Malaysia, Bukit Jelutong, Selangor bersama Celcom, Felda Berabong, Pahang bersama Digi, Mak Mandin Jetty, Pulau Pinang bersama Maxis dan MSU Shah Alam, Selangor bersama U Mobile.

Simulasi secara besar-besaran turut diadakan di Kemaman, Terengganu dengan kerjasama NADMA, industri telekomunikasi, agensi-agensi tempatan, serta pos dan kurier.

Pada masa yang sama, orang ramai adalah diingatkan untuk mengambil langkah berjaga-jaga sebagai persediaan menghadapi sebarang kemungkinan semasa musim banjir ini.

Langkah berjaga-jaga yang boleh diambil adalah seperti berikut:

  1. Elak daripada menggunakan peranti mudah alih untuk aktiviti penstriman atau muat naik dan muat turun bagi mengurangkan kesesakan rangkaian,
  2. Hadkan panggilan yang ingin dibuat kepada panggilan yang penting sahaja bagi mengelakkan kesesakan rangkaian suara,
  3. Hanya menggunakan telefon bimbit dan power bank untuk hal-hal penting sahaja,
  4. Jimatkan bateri telefon dengan mengurangkan kecerahan skrin dan tutup aplikasi yang tidak digunakan,
  5. Dapatkan maklumat terkini melalui hebahan semasa di stesen TV dan radio-radio tempatan,
  6. Ikuti akaun media sosial agensi-agensi kerajaan tempatan dan badan-badan berkaitan untuk maklumat terkini sebelum, semasa ataupun selepas bencana,
  7. Jangan panik dan membuat sebarang spekulasi di media sosial; dan
  8. Telefon 999 untuk menghubungi pihak Polis/Bomba/Hospital/Pertahanan Awam hanya jika anda menghadapi situasi yang mengancam nyawa.

 
Usahasama misi bantuan kemanusiaan ini akan dihulurkan ke negeri-negeri lain yang turut terjejas akibat banjir secara berperingkat.
 



ufc222live