UFC Live

UFC222 Live

Malaysian Communications And Multimedia Commission (MCMC) | Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) – Waspada taktik penipuan ambil alih akaun WhatsApp


PUTRAJAYA, 21 Jan — Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) hari ini menasihatkan orang ramai agar berwaspada dengan kewujudan taktik penipuan yang bertujuan mengambil alih akaun WhatsApp pengguna.

MCMC dalam kenyataan di sini berkata taktik berkenaan menggunakan pelbagai helah bagi memperdaya pengguna supaya menyerahkan kod pengesahan enam digit yang diterima daripada pihak WhatsApp.

“Kod pengesahan tersebut amnya diterima oleh pengguna untuk tujuan pengesahan apabila berlaku cubaan pertukaran nombor telefon yang dikaitkan dengan sesuatu akaun WhatsApp.

“Pengguna yang terpedaya menyerahkan kod pengesahan tersebut boleh menyebabkan akaun WhatsApp mereka diambil alih oleh scammer,” katanya.

Jusrteru, MCMC menyeru agar pengguna berwaspada terhadap permintaan kod pengesahan enam digit WhatsApp daripada mesej orang yang dikenali seperti rakan atau ahli keluarga atau panggilan orang yang tidak dikenali atau pihak yang mengaku sebagai kakitangan WhatsApp serta pihak lain termasuklah pihak berkuasa.

“Para pengguna diingatkan agar tidak sama sekali menyerahkan kod pengesahan enam digit WhatsApp kepada mana-mana pihak,” katanya. 

MCMC berkata pengguna yang telah menjadi mangsa pengambilalihan akaun WhatsApp disaran untuk mengikuti langkah seperti di pautan https://faq.whatsapp.com/general/account-and- profile/stolen-accounts/ untuk mengambil alih semula akaun WhatsApp yang dirampas.

“Bagi melindungi diri daripada sebarang kemungkinan perbuatan jenayah, pengguna yang menjadi mangsa boleh membuat aduan dan laporan berhubung pencerobohan atau pengambilalihan akaun WhatsApp kepada balai polis berhampiran,” katanya.

Laporan juga boleh dibuat kepada MCMC menerusi saluran portal aduan MCMC: https://aduan.skmm.gov.my, e-mel: aduanskmm@mcmc.gov.my atau WhatsApp: 016-220 6262.



ufc222live

Malaysian Communications And Multimedia Commission (MCMC) | Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) – Tidak ada lagi pentauliahan peralatan 3G


KUALA LUMPUR, 22 Jan — Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) tidak lagi memperakui peralatan 3G memandangkan negara ini mahu menamatkan perkhidmatan rangkaian itu menjelang hujung tahun ini.

Pengerusi SKMM Dr Fadhlullah Suhaimi Abdul Malek berkata suruhanjaya itu telah pun memulakan usaha tersebut pada tahun lepas ketika negara mula bergerak ke arah rangkaian 4G dan seterusnya. 

”Kami telah memaklumkan kepada Jabatan Kastam, SIRIM dan semua agensi berkaitan bahawa kami tidak lagi memperakui peralatan 3G. Kami hanya akan membenarkan peralatan 4G dibawa masuk ke negara ini,” katanya pada program Bernama TV, The Nation yang bertajuk ‘Ke Arah Merealisasikan dan Mencapai Agenda Negara Digital’. 

Beliau bagaimanapun menjelaskan, bagi mereka yang masih menggunakan peralatan 3G, penyedia perkhidmatan masing-masing akan menawarkan pakej untuk membantu orang ramai yang mungkin mempunyai peranti 3G bagi membolehkan mereka bertukar ke peranti 4G dengan kos yang lebih rendah. 

Antara sebab menghentikan pentauliahan peralatan 3G adalah untuk mengelakkan peranti teknologi lapuk itu dilambakkan ke Malaysia. 

”Kita perlu memastikan barangan atau peralatan 3G tidak lagi diimport ke negara ini, justeru mereka tidak seharusnya dijual kepada sesiapa. 

“Jadi, sebaik sahaja anda menghentikan bekalan peralatan 3G ke dalam ekosistem, maka anda perlu mengeluarkan peralatan sedia ada daripada ekosistem supaya ianya boleh digantikan dengan 4G,” tambahnya. 

Selain itu, kebanyakan aplikasi juga berfungsi dengan baik dalam rangkaian 4G, katanya. 

Fadhlullah ketika mengulas mengenai harga berkata ia adalah perkara yang berkaitan dengan bekalan serta permintaan.

Dilaporkan bahawa Malaysia bercadang untuk menamatkan rangkaian 3G menjelang akhir 2021 untuk meningkatkan rangkaian 4G yang seterusnya, berfungsi sebagai asas bagi penggunaan teknologi 5G.

Berdasarkan laporan Digital News Asia, fasa pertama,  yang melibatkan fasa perancangan telah pun diselesaikan.

Ini dimulakan dengan penubuhan Pasukan Petugas Khas Penamatan Rangkaian 3G, yang membawa ke arah pelan penghijrahan pelanggan serta rangkaian yang disediakan oleh pembekal perkhidmatan.

Pasukan petugas itu dijangka mengeluarkan notis untuk pemberhentian pengimportan peranti berkeupayaan 3G dan bukan VoLTE menjelang Januari 2021, di samping memberikan pemberitahuan serta penglibatan dengan pengeluar dan pembekal peranti untuk mempercepatkan penggunaan suara ke atas LTE (VoLTE). 

Ini kerana 4G adalah rangkaian IP (protokol Internet) yang direka untuk data dan bukannya suara. VoLTE membenarkan panggilan suara berkualiti tinggi bergerak melalui rangkaian 4G.

Sementara itu, fasa dua iatu fasa pelaksanaan operasi, dijangka digerakkan pada tahun ini, yang mana mana liputan 3G akan dikurangkan sehingga ditutup sepenuhnya. 

Operasi ini akan menyaksikan pelan penghijrahan pelanggan oleh penyedia perkhidmatan serta pelaksanaan pelan komunikasi, termasuk program kesedaran dan pendidikan penamatan 3G kepada orang ramai.



ufc222live

Malaysian Communications And Multimedia Commission (MCMC) | Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM)


IPOH, 27 Jan  — Pusat Internet Komuniti (PIK) Malaysia, merupakan alternatif bukan sahaja kepada ibu bapa yang tidak mampu menyediakan gajet atau peranti untuk anak-anak mengikuti pengajaran dan pembelajaran di rumah (PdPR), malah ia juga mempunyai akses internet yang kuat.

Tinjauan Bernama di PIK Kampung Tersusun Batu 8 di Tambun di sini semalam mendapati, inisiatif di bawah Kementerian Komunikasi dan Multimedia itu ternyata menjadi tumpuan para pelajar, yang memerlukan kemudahan komputer dan internet.

Pengurusnya Mazzita Abdul Razak berkata lebih menarik, pusat internet itu yang beroperasi bermula 9 pagi hingga 6 petang setiap hari sejak 2013, turut menyediakan kemudahan pinjaman komputer riba (netbook) untuk kegunaan pelajar sekolah di rumah.

“PIK ini sememangnya menjadi tumpuan para pelajar sekolah, lebih-lebih lagi sejak pelaksanaan PdPR tetapi sejak Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) kurang mendapat kunjungan, kerana ibu bapa bimbang keselamatan anak-anak mereka.

“Mereka lebih memilih supaya anak-anak mereka belajar di rumah, namun para pelajar boleh meminjam komputer riba dari pusat internet ini untuk digunakan di rumah,” katanya ketika ditemui Bernama.

Beliau berkata sebanyak 200 komputer riba terdapat di PIK itu dan lebih 100 masih tersedia untuk dipinjamkan kepada mereka yang memerlukan, kerana selebihnya telah dipinjam oleh para pelajar dan pihak sekolah.

Menurutnya selain pinjaman komputer riba, sebanyak 20 unit komputer turut disediakan untuk kemudahan pengguna di PIK itu, selain penyediaan bilik mesyuarat untuk sesuatu organisasi atau syarikat mengadakan sesi ‘Zoom Meeting’.

Katanya orang ramai yang berminat mendapatkan semua kemudahan disediakan kerajaan itu boleh mengunjungi pusat internet tersebut atau menghubunginya di talian 010-3153073 untuk maklumat lanjut dan sebarang janji temu.

Seorang pelajar tingkatan empat dari Sekolah Menengah Kebangsaan Ulu Kinta Che Hafizal Farish, yang tinggal di kampung berkenaan berkata beliau mengunjungi PIK itu setiap hari, bagi mengikuti PdPR dan membuat rujukan internet.

Che Hafizal berkata kewujudan pusat internet itu sememangnya memberi banyak manfaat kepada para pelajar supaya tidak ketinggalan dalam pelajaran, terutamanya selepas penularan wabak COVID-19 yang menyebabkan banyak sesi persekolahan secara bersemuka ditutup.

Sementara itu, seorang penduduk Rehan Ezanee Ahmad Tajuddin, 36, berkata beliau turut mendapatkan pinjaman sebuah komputer riba dari pusat internet berkenaan, untuk kegunaan dua anaknya masing-masing dalam darjah tiga dan tingkatan satu, untuk tujuan PdPR.

Beliau berkata walaupun kedua-dua anaknya Muhammad Ammar Zihnee Shamsudin, 9, dan Nur Alya Ezanee Shamsudin, 13, mempunyai telefon pintar, namun penggunaan komputer riba lebih memudahkan mereka menyiapkan kerja sekolah yang diberikan guru, menerusi aplikasi Whatsapp.

“Kami perlu menggunakan capaian internet sendiri pada komputer riba ini menggunakan data sendiri, namun ia amat berguna dan memudahkan anak-anak termasuk untuk mencetak nota dan kerja sekolah, berbanding menggunakan telefon pintar kerana skrin yang agak kecil,” katanya.

Pengerusi Jawatankuasa Belia, Sukan, Komunikasi dan Multimedia Perak Khairul Shahril Mohamed ketika dihubungi Bernama memberitahu, terdapat 66 buah PIK di Perak yang beroperasi bermula pukul 9 pagi hingga 6 petang.

“Saya menyeru agar mereka yang mempunyai masalah untuk menjalankan PdPR kerana kekangan peranti mahupun talian internet, agar memanfaatkan fasiliti yang telah disediakan di PIK berhampiran mereka,” katanya.



ufc222live

Kapal KMAX PRO Terbakar & Kandas di Pelabuhan Pulau Pinang – Fasa 1 Kerja Salvaj Tamat, Kapal Berjaya Diapungkan


Ketua Pejabat Laut Negeri Pulau Pinang, JLM Wilayah Utara bersama pasukan beliau selesai beri fasiliti kepada kontraktor kerja salvaj – Bumijaya Engineering Sdn Bhd apabila kapal kargo berpendaftaran asing – KMAX PRO berjaya diapungkan dalam gambar fail bertarikh 27 dan 28 Disember 2022 (Selasa dan Rabu) minggu lalu. Walaupun tidak lagi kandas, kerja-kerja mengeluarkan baki kargo yang rosak tetap diteruskan untuk lebih meringankan kapal.



ufc222live

Malaysian Communications And Multimedia Commission (MCMC) | Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM)


Susulan kisah-kisah masalah capaian Internet yang dihadapi oleh para penduduk di beberapa buah lokasi di seluruh negara yang mendapat liputan meluas media massa, Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) ingin memaklumkan, pihaknya telah turun padang dan mengambil pendekatan proaktif dalam menangani isu berkenaan.

Justeru, masalah capaian Internet yang berlaku di lapan (8) lokasi seperti Kg. Banggol Pak Esah di Pasir Puteh dan Kg. Siram, Kedai Tanjong, di Pasir Mas; Kg. Aring 5 Gua Musang; Kg. Kaum Asli Kemidak, di Bekok, Segamat; Pulau Aman; Kg. Labi di Beaufort; Kg. Panikuan di Kudat serta Kg. Waluhu di Ranau, telah diberi perhatian serius dan disusuli dengan tindakan oleh MCMC.

Tindakan-tindakan yang diambil oleh MCMC adalah seperti berikut:

i. Kg. Banggol Pak Esah, Pasir Puteh

Bagi masalah capaian Internet yang dihadapi oleh penduduk setempat dan para pelajar sekolah khususnya di Kg. Banggol Pak Esah, pihak MCMC telah menghubungi Telekom Malaysia Berhad (TM) untuk melaksanakan kerja-kerja penyambungan talian tetap Unifi ke rumah pengadu. Untuk penyelesaian jangka panjang bagi kawasan tersebut, sebuah menara telekomunikasi di Kg. Batu Selinsing akan dinaik taraf kepada teknologi 4G di bawah Projek Jalinan Digital Negara (JENDELA).

ii. Kg. Siram, Kedai Tanjong, Pasir Mas

Kesukaran siswi kembar yang berhadapan dengan capaian Internet yang tidak stabil di Kg. Siram, Kedai Tanjong, Pasir Mas berjaya diselesaikan selepas pihak TM telah memasang talian Unifi di rumah pengadu.

iii. Kg Aring 5 Gua Musang

Masalah ketiadaan capaian Internet dan pemilikan peranti yang dihadapi oleh anak-anak Orang Asli di Kampung Aring 5, Gua Musang sedang ditangani. Setakat ini, tinjauan telah dilakukan di lokasi berkenaan dan tindakan menguji kekuatan isyarat setiap telcos dijalankan. Untuk pelan jangka panjang pula, kawasan ini akan dibina sebuah menara baharu di bawah projek JENDELA (PPS).

iv. Kg. Kaum Asli Kemidak, Bekok, Segamat

Bagi sekumpulan pelajar sekolah dan mahasiswa di Kg. Kaum Asli Kemidak, Bekok, Segamat yang terpaksa mengikuti pembelajaran dalam talian di kebun sawit pula, masalah capaian Internet lemah bakal diatasi apabila sebuah menara telekomunikasi baharu akan dibina di kawasan terbabit. Menara telekomunikasi baharu berkenaan akan dilaksanakan di bawah Pelan JENDELA Fasa 1 yang kini dalam proses tender. Untuk jangka masa pendek pendekatan penggunaan teknologi lain sedang diperincikan.

v. Pulau Aman, Pulau Pinang

Kisah sebahagian para pelajar sekolah yang terpaksa merayau sekitar pulau untuk mendapatkan capaian Internet di Pulau Aman telah diambil tindakan. Sebagai langkah sementara, pihak Celcom telah mengalihkan satu sektor antena di menara telekomunikasi Bukit Batu Kawan untuk menghala ke kawasan aduan bagi meningkatkan kualiti liputan di sana. Untuk langkah penyelesaian jangka panjang pula, pembinaan sebuah menara baharu akan dicadangkan dalam pelan JENDELA akan datang. Permohonan oleh pihak penyedia perkhidmatan agar tabung Pemberian Perkhidmatan Sejagat atau PPS digunakan untuk membina menara baharu di kawasan PPS sedia ada sedang dipertimbangkan.

vi. Kg. Labi, Beaufort

Masalah capaian Internet yang dihadapi oleh tiga (3) beradik di Kg. Labi, Beaufort yang terpaksa mengikuti Pengajaran dan Pembelajaran di Rumah (PdPR) di atas sampan, bakal diatasi apabila sebuah menara baharu akan dibina di Kg. Sungkadan dan pembinaan menara ini akan dilaksanakan di bawah pelan JENDELA. Dengan adanya menara baharu itu, para penduduk berpeluang untuk menikmati perkhidmatan 4G tidak lama lagi.

vii. Kg. Panikuan, Kudat

Dalam pada itu, para penduduk di Kg. Panikuan, Kudat akan turut menikmati perkhidmatan 4G setelah menara PPS di kampung tersebut siap dan beroperasi. Kini, kerja-kerja pemasangan peralatan radio sedang dijalankan oleh pihak U Mobile. Bagi seorang ibu dan tiga (3) orang anak yang menghadapi kesukaran mendapatkan capaian Internet, mereka telah dimaklumkan untuk memanfaatkan kemudahan Pusat Internet Komuniti (PIK) Kg. Lawa, Kabajang yang hanya terletak kurang daripada 1.67 kilometer dari Kg. Labi.

viii. Kg. Waluhu, Ranau

Kisah sekumpulan pelajar di Kampung Waluhu, Ranau yang terpaksa meredah hutan dan berdepan risiko binatang buas semata-mata untuk mendapatkan capaian Internet tidak terlepas daripada perhatian MCMC. Untuk itu, sebuah menara baharu akan dibina di Kg. Singgaron Baru di bawah perancangan JENDELA. Menara berkenaan akan dibina pada lokasi yang bersesuaian bagi memberikan liputan lebih baik kepada Kg. Singgaron Baru dan Kg. Waluhu. Para penduduk di sana juga boleh memanfaatkan kemudahan yang disediakan di PIK Kg. Bongkud.

Ini adalah langkah-langkah pihak MCMC untuk membantu dengan secepat mungkin kawasan yang terkesan selain daripada mempercepatkan perancangan yang sedia ada agar penduduk setempat dapat melaksanakan aktiviti seharian mereka dengan lancar.

PDF



ufc222live

Malaysian Communications And Multimedia Commission (MCMC) | Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM)


KUALA LUMPUR, 29 Jan– Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (MCMC) telah mengambil pendekatan proaktif bagi menyelesaikan masalah capaian Internet rakyat di seluruh negara yang mendapat liputan meluas media massa.

MCMC dalam kenyataan hari ini memaklumkan ia termasuk masalah capaian Internet di lapan lokasi iaitu Kampung Banggol Pak Esah, Pasir Puteh; Kampung Siram, Kedai Tanjong, Pasir Mas; Kampung Aring 5 Gua Musang di Kelantan; Kampung Kaum Asli Kemidak, Bekok, Segamat di Johor; Pulau Aman di Pulau Pinang; Kampung Labi, Beaufort; Kampung Panikuan, Kudat dan Kampung Waluhu, Ranau di Sabah.

“Bagi masalah capaian internet yang dihadapi penduduk setempat dan pelajar sekolah di Kampung Banggol Pak Esah di Kelantan, MCMC telah menghubungi Telekom Malaysia Berhad (TM) untuk melaksanakan kerja penyambungan talian tetap Unifi ke rumah pengadu.

“Untuk penyelesaian jangka panjang bagi kawasan tersebut, sebuah menara telekomunikasi di Kampung Batu Selinsing akan dinaik taraf kepada teknologi 4G di bawah projek Jalinan Digital Negara (JENDELA),” menurut kenyataan itu.

Selain itu, masalah capaian internet tidak stabil di Kampung Siram, Kedai Tanjong di Pasir Mas, Kelantan diselesaikan selepas pihak TM memasang talian Unifi di rumah pengadu manakala di Kampung Aring 5, Gua Musang, tinjauan dan tindakan menguji kekuatan isyarat setiap syarikat telekomunikasi telah dijalankan di lokasi itu.

Bagi pelan jangka panjang, sebuah menara telekomunikasi baharu di bawah projek JENDELA akan dibina di kawasan ini dan masalah capaian internet lemah di Kampung Kaum Asli Kemidak, Bekok, Segamat, juga bakal diatasi dengan pembinaan menara telekomunikasi baharu di bawah Pelan JENDELA Fasa 1 yang kini dalam proses tender.

“Ini adalah langkah pihak MCMC untuk membantu dengan secepat mungkin kawasan yang terkesan selain daripada mempercepatkan perancangan sedia ada agar penduduk setempat dapat melaksanakan aktiviti seharian mereka dengan lancar,” menurut kenyataan itu.

Seterusnya, bagi masalah capaian internet di Pulau Aman, Pulau Pinang, Celcom telah mengalihkan satu sektor antena di menara telekomunikasi Bukit Batu Kawan untuk menghala ke kawasan aduan bagi meningkatkan kualiti liputan di lokasi itu sebagai langkah penyelesaian sementara.

Untuk langkah penyelesaian jangka panjang, pembinaan sebuah menara baharu bakal dicadangkan dalam pelan JENDELA akan datang dan permohonan pihak penyedia perkhidmatan agar tabung Pemberian Perkhidmatan Sejagat (PPS) digunakan untuk membina menara baharu di kawasan PPS sedia ada sedang dipertimbangkan.

Kisah sekumpulan pelajar di Kampung Waluhu, Ranau yang terpaksa meredah hutan dan berdepan risiko binatang buas semata-mata untuk mendapatkan capaian internet ditangani dengan perancangan membina sebuah menara baharu Kg. Singgaron Baru di bawah perancangan JENDELA.

Menara berkenaan akan dibina pada lokasi yang bersesuaian bagi memberikan liputan lebih baik kepada Kg. Singgaron Baru dan Kg. Waluhu dan penduduk di sana juga boleh memanfaatkan kemudahan yang disediakan di PIK Kg. Bongkud.

Bagi Kampung Panikuan, Kudat pula akan menikmati perkhidmatan 4G setelah menara PPS di kampung tersebut siap dan beroperasi.



ufc222live

Malaysian Communications And Multimedia Commission (MCMC) | Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM)


CYBERJAYA, 30 Januari 2021 — Berikutan pengumuman pakej rangsangan Perlindungan Ekonomi dan Rakyat Malaysia (PERMAI) oleh YAB Perdana Menteri, sektor telekomunikasi terus menunjukkan komitmen teguh untuk bersama-sama memudahkan capaian Internet untuk golongan pelajar dan B40. Beberapa inisiatif dilaksanakan bagi meringankan beban rakyat ketika mengharungi tempoh mencabar berikutan langkah kawalan COVID-19 yang terpaksa dilaksanakan oleh kerajaan.

Pemberian data percuma 1GB sehari yang telah dimulakan oleh syarikat-syarikat telekomunikasi utama sejak April 2020 dilanjutkan sehingga hujung April 2021 dengan kos untuk tahun 2021 sahaja mencecah RM500 juta. Pakej langganan khas untuk pelajar yang bakal menduduki Sijil Pelajaran Malaysia (SPM), Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia (STPM) dan penuntut institusi pengajian tinggi (IPT) turut dilaksanakan sejak 6 Januari 2021 hingga akhir April ini. Pakej prabayar oleh Celcom, Digi, Maxis, U Mobile dan Telekom Malaysia (TM) ini menawarkan pas data 15GB dengan harga serendah RM20 sebulan.

Menyedari kepentingan pendidikan untuk menjamin masa depan rakyat dan negara, syarikat-syarikat telekomunikasi sebelum ini juga telah menyediakan kelas-kelas tuisyen dalam talian secara percuma seperti berikut:-

Sementara itu, YTL Communications Sdn. Bhd. (YTL) melanjutkan inisiatif Learn From Home (LFH) sehingga 30 April 2021 dan turut merangkumi penuntut IPT. Bagi memberi kemudahan kepada pelajar dan warga B40 yang mendiami kawasan Program Perumahan Rakyat (PPR), kerajaan dan syarikat telekomunikasi juga bersetuju melanjutkan tempoh operasi 54 Pusat Internet Komuniti (PIK) di kawasan PPR di seluruh negara. Sejak 8 Januari 2021 hingga hujung April 2021, PIK telah dibuka dari jam 9.00 pagi hingga 9.00 malam, setiap hari kecuali pada hari cuti umum. Daripada jumlah tersebut, 17 PIK berada di Wilayah Persekutuan dan baki 37 PIK berada di lain-lain negeri. Diharapkan langkah ini dapat membantu isi rumah dan pelajar terutamanya calon-calon peperiksaan SPM dan STPM 2021 untuk mengikuti pembelajaran serta melakukan urusan harian secara dalam talian dengan murah dan selesa di PIK.

Selain itu, sejumlah 130 PPR di seluruh negara telah dikenal pasti untuk menerima akses wifi percuma yang dipasang oleh syarikat-syarikat telekomunikasi utama yang telah sudi untuk membantu. Setakat ini, wifi percuma di 121 PPR telah beroperasi manakala baki sembilan (9) PPR dijangka menerima kemudahan ini pada 5 Februari depan. Ianya dilaksanakan bagi merangsang keupayaan penduduk PPR menggunakan platform dalam talian untuk meningkatkan kegiatan ekonomi, peka dengan perkembangan semasa dan menambah kemahiran.

Dengan kemudahan dan keistimewaan ini, Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) dan syarikat-syarikat telekomunikasi yang sentiasa prihatin, berharap penduduk PPR, para pelajar dan seluruh rakyat amnya, dapat memanfaatkannya ke arah meningkatkan pencapaian akademik serta menjana pendapatan tambahan menerusi aktiviti perniagaan dalam talian. Inisiatif ini merupakan sebahagian usaha MCMC untuk merapatkan jurang digital dalam kalangan rakyat yang kurang berkemampuan agar tidak ketinggalan dalam arus pembangunan berasaskan teknologi digital.

PDF



ufc222live

Malaysian Communications And Multimedia Commission (MCMC) | Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) – Tempoh operasi 54 Pusat Internet Komuniti di PPR dilanjutkan


KUALA LUMPUR, 30 Jan — Kerajaan dan syarikat telekomunikasi bersetuju melanjutkan tempoh operasi 54 Pusat Internet Komuniti (PIK) di kawasan Program Perumahan Rakyat (PPR) di seluruh negara, demikian menurut Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC).

MCMC dalam kenyataan hari ini memaklumkan pelanjutan operasi itu melibatkan 17 PIK di Wilayah Persekutuan dan 37 PIK di lain-lain negeri bagi memberi kemudahan capaian internet kepada golongan pelajar dan warga B40 yang mendiami kawasan tersebut susulan pengumuman pakej rangsangan Perlindungan Ekonomi dan Rakyat Malaysia (PERMAI), baru-baru ini.

 “PIK dibuka dari 9 pagi hingga 9 malam, setiap hari kecuali pada hari cuti umum, sejak 8 Jan hingga hujung April depan.

“Diharapkan langkah ini dapat membantu isi rumah dan pelajar terutamanya calon peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dan Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) 2021 untuk mengikuti pembelajaran serta melakukan urusan harian secara dalam talian dengan murah dan selesa di PIK,” menurut kenyataan itu.

Selain itu, MCMC memaklumkan 130 PPR di seluruh negara dikenal pasti untuk menerima akses wifi percuma yang dipasang oleh syarikat-syarikat telekomunikasi utama.

“Setakat ini, wifi percuma di 121 PPR telah beroperasi manakala baki sembilan PPR dijangka menerima kemudahan ini pada 5 Feb ini.

“Ia dilaksana bagi merangsang keupayaan penduduk PPR menggunakan platform dalam talian untuk meningkatkan kegiatan ekonomi, peka dengan perkembangan semasa dan menambah kemahiran,” katanya.

Susulan kemudahan dan keistimewaan itu, MCMC dan syarikat-syarikat telekomunikasi berharap penduduk PPR, pelajar dan seluruh rakyat amnya, dapat memanfaatkannya ke arah meningkatkan pencapaian akademik serta menjana pendapatan tambahan menerusi aktiviti perniagaan dalam talian.

“Inisiatif ini merupakan sebahagian usaha MCMC untuk merapatkan jurang digital dalam kalangan rakyat yang kurang berkemampuan agar tidak ketinggalan dalam arus pembangunan berasaskan teknologi digital,” menurut kenyataan itu.

Pada masa sama, MCMC memaklumkan pemberian data percuma 1GB sehari yang dimulakan sejak April 2020 dilanjutkan sehingga hujung April depan dengan kos untuk tahun ini mencecah RM500 juta.

Syarikat telekomunikasi utama juga menawarkan pakej langganan khas untuk pelajar yang bakal menduduki SPM, STPM dan penuntut institusi pengajian tinggi (IPT) yang dilaksanakan sejak 6 Jan hingga akhir April depan, menawarkan pas data 15GB dengan harga serendah RM20 sebulan.

Syarikat telekomunikasi ini juga menyediakan kelas tuisyen dalam talian secara percuma seperti Tuisyen Rakyat oleh Celcom, Jom Tuisyen (Digi), e-Kelas (Maxis) dan I-Learn Ace (Telekom Malaysia) serta YTL Communications Sdn Bhd (YTL) yang melanjutkan inisiatif Learn From Home (LFH) sehingga 30 April dan turut merangkumi penuntut IPT, menurut kenyataan itu.



ufc222live